Tuesday, October 24, 2017

Kenapa kau

     Tangan aku menggeletar , air mata aku menitis tanpa henti. Aku tahu ini semua salah aku. Aku yang mulakan. Tapi kasihan lah dekat aku, jangan lah seksa aku macam ni. Kucing pun tak sanggup tengok anak dia bunuh diri. Apa dah jadi dekat kau . Aku sendiri tak tahu. Aku tak pernah minta hubungan kita macam ni. Aku sayang kau. Dari dulu, kita asyik bergaduh. masalahnya hanya satu, kepercayaan. Aku sayang kau , aku nak jaga kau , aku nak kahwin dengan kau. Aku tak minta pun harta kau, aku hanya nak hati kau je. Itu je aku nak. Biar lah aku miskin demi menjaga kau, Biar lah aku menangis, asal kau bahagia. Hanya tuhan je rasa apa aku rasa. Aku bukan tak percaya kau, tapi aku takut . Aku tahu kau sayang aku, kau dah buang apa yang aku tak suka. Tapi ini ke jalan yang boleh usahakan ? Bukan ini yang aku nak. Malah buat aku lagi tak percaya dekat kau. Aku nak kau tunjukkan yang kau boleh buat aku percaya dekat aku, bagi aku kata semangat, sedarkan aku dari alam mimpi buruk . Itu yang aku nak, bukan dengan tinggalkan kau untuk tenangkan hati aku. Itu lagi akan mengeruhkan keadaan, menghancurkan lagi hati aku . Aku tahu nak buat apa lagi . Aku hanya mampu menangis selepas kau sanggup kata kau tiada kaitan jika aku nak bunuh diri. Lepas je kau kata macam tu, aku mati, aku , aku tak tau nak cakap apa,

     Ya Allah , kau permudahkanlah segala urusan aku, Ya Rahman, Ya Rahim , Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang , kau lembutkan lah hati dia, kau kembalilah hubungan kami seperti kami kenal dahulu, kau permudahkan lah urusan kami, Jika dia bukan jodohku, Kau tunjukkanlah jalan kepadaku, aku tidak mahu terus menahan sakit ini Ya Allah. Jika dia jodohku, Kau tunjukkanlah jalan kepadaku, aku mahu terus hidup bahagia dengan si dia. Amin

     Jika kau baca text ni, aku harap kau faham. Aku betul sayang kau, aku tak pernah terniat nak lukakan hati kau. Aku sanggup buat apa saja asalkan kau bahagia di sisi aku. Aku harap kau berubah.

Tuesday, March 7, 2017

Thursday, February 23, 2017

Kenapa ada derita , Bila bahagia tercipta

Bismillah , assalamualaikum . Aku rindu kau sangat² . Setiap hari , setiap malam , setiap saat aku selalu teringat kau . Apa kena dengan aku ni . Aku bodoh . Dia tengah bahagia kat luar sana , aku sorang je kat sini sendiri . Kau ajarkan bahagia , kau jugalah ajarkan aku derita . Mungkin aku perlu mencari pengganti . Tapi siapa . Aku dah larat hidup macam ni . Setiap hari sakit bila teringatkan kau . Takkan aku nak ulang kesilapan yang lalu . Permainkan hati wanita semata mata nak lupakan kau . Apa yang aku patut sekarang . Aku mati , aku buntu . Tak pernah hilang kau dari fikiran aku . Bila terfikirkan kau , jantung aku berdegup kencang , badan aku rasa lemah . Kalau lah aku tak kenal kau dulu , tentu aku tak sakit macam ni . Aku akur kelemahan aku . Aku terima kekalahanku , aku salutkan kemenangan kau . Dulu bahagia , sekarang derita . Bila aku ingat kau , aku terus ingat kelemahan kau . Aku rasa sakit sangat asyiqin . Sakit sangat . Aku nak je cakap yang kau ni ! Tapi aku tak mampu . Tolonglah asyiqin , jangan seksa jiwa aku macam ni . Lepaskan lah aku . Aku boleh jadi gila macam ni . Kenapa tuhan uji aku . Dia sahaja yang tahu bertapa sakitnya jiwa aku sekarang . Mungkin Dia rindukan cinta aku kepada Dia . Aku rasa hidup aku dah tak ada guna . Aku berhenti berharap , menunggu datang gelap .

Saturday, February 4, 2017

Apakah tak cukup cinta yang aku berikan

Bismillah , assalamualaikum . Hari ni , saat ini . Aku dah buat perkara yang aku pun tak tahu betul ke tak tindakan aku . Aku dah bersumpah atas nama aku , aku takkan cari dia , aku takkan sebut nama dia , aku takkan fikir pasal dia , melainkan takdir . Betul ke apa aku buat ni . Aku pun tak tahu . Hati aku selalu sakit . Aku rindu dia yang dulu . Masa mula mula kenal dulu , dekat bonfoyer . Masa tu aku betul² nampak keikhlasan hati dia yang dia sayang aku . Lepas beberapa bulan , dia buat perkara yang aku sangat benci , dia lah perempuan pertama yang buat aku macam tu . Dia curang . Bukan sekali . Pada saat itu , jujur kepercayaan aku hilang sepenuhnya . Aku takda ubat untuk hati aku . Dan disebabkan itu , aku jadi seorang yang kuat control , kuat cemburu . Aku trauma . Dia cepat suka dekat lelaki . Itu lah sifat dia . Aku benci dia . Tapi aku dah cuba lupakan dia . Tak boleh , aku tak tau kenapa . Macam² cara aku dah buat , delete gambar , tapi sebelum tu aku transfer dalam laptop . Cari perempuan lain , tak berkesan langsung . Aku sentiasa teringat dia . Aku dah tak boleh tulis nama dia sebab aku dah bersumpah . Dalam mata aku , dia sorang je wanita yang paling cantik kat dunia ni . Dalam hati aku , tak pernah terpadam nama dia . Dalam fikiran aku , tak pernah hilang wajah cantik dia . Tangan aku tak pernah lepas peluk ozil bila tidur . Bila mula je sambung belajar , dia tinggalkan aku . Aku macam orang gila fikirkan dia , menangis tiap² malam . Padahal dia tengah seronok dengan dunia baru dia . Dia mula berubah . Dia mula pinggirkan aku . Aku accident , lutut aku patah . Aku baru beberapa minggu keluar dari hospital . Aku sanggup naik teksi , semata mata nak jumpa dia. Aku bertongkat . Aku tak rasa malu orang tengok sebab aku nak jumpa kekasih aku . Aku telefon dia , dia tak nak jumpa aku . Dia suruh aku balik , aku meraung macam orang gila suruh dia turun kat depan tempar belajar dia . Akhirnya dia turun dengan tiada ungkapan . Dia bagi aku balik pendrive yang ada semua memori aku dan dia. Bertapa hancurnya hati aku . Dia layan aku macam seekor binatang cacat yang keji . Aku berjalan balik jauh dengan bertongkat , cari teksi yang ada . Sekarang , dia kata dia nak kebebasan untuk berkawan . Dia rimas sebab aku kongkong dia . Dia tak tahu retak hati aku tak pulih lagi . Kalau dia tak curang , aku takkan jadi macam ni . Akhir sekali , aku dah tahan . Aku tak tahu apa aku fikir . Aku dah bersumpah takkan cari dia , takkan fikir pasal dia , takkan sebut nama dia . Aku block dia ws ig . Aku tak pernah buat macam tuh .

Dear nurul asyiqin , aku takkan pernah berhenti sayang kau . Aku takkan pernah berhenti merindui kau . Aku akan sentiasa berada di hati kau . Aku sayang kau sangat² . Takda wanita lain selain kau . Aku akan sentiasa tunggu kau . Percaya lah , kita akan bertemu kembali . Aku akan kotakan janji aku untuk bina istana kita . Mimpi indah sayang . Terima kasih untuk cinta .

By ,
Your Bangla

Sunday, January 3, 2016

Aku tak mintak dihargai , Aku nak kau setia

Bismillah , Assalamualaikum . Betul lah , bila kita ada teman wanita duit kita akan cepat terbang . Hahaha . Aku percaya lelaki yang buat macam tu sebab dia sayang gf dia , dia tak nak lepaskan gf dia even gf dia tak bagi apa apa pun kat dia . Takda siapa tahu tentang benda ni . Kalau aku bagitau kawan2 aku mesti diorang marah aku . Aku ni bodoh dengar cakap gf nanti lelama dah kahwin dia control kau . Apa dia nak aku beli . Betul lah . Sampai aku tak ingat apa benda yang dia pernah bagi kat aku . Aku tak kesah pun dia tak bagi apa apa asalkan dia setia sayang aku . Even dah bagi macam2 still curang banyak kali dengan aku . Aku pun tak faham . Mungkin aku bodoh sangat gila gila kat dia walaupun dia banyak kali curang . Tapi sekarang tak , aku dah belajar dengan sendiri . Aku ada plan aku sendiri . Aku akan teruskan apa dia nak aku bagi . Tapi sekali je aku tengok dia buat hal lagi . Hahaha . Haa aku mampu gelak je lah . Masa tu dia takkan kenal aku siapa . Jangan harap aku melutut macam dulu . Aku dengar cakap kau , tapi kau curang . Serious talk , kalau jadi memang ada perkataan yang aku nak sangat cakap "Perempuan murah , blah dari hidup aku , tak reti nak hargai " Tapi aku tak mintak pun dia buat hal lagi . Yang aku cakap ni plan je . Aku teringin sangat nak ada gf yang soleh , jaga batas dengan lelaki . Aku suka tengok . Sebab dari  jaga pergaulan lah kita setia . Kalau aku break dengan dia ni . mungkin itu kali terakhir aku ada hubungan dengan dia. Aku nak diam dan tunggu . Cari perempuan idaman yang aku nak tu . Even ibu pun nak yang macam tuh . Tak mintak pun yang pakai labuh semua tuh . Just tutup aurat dan jaga pergaulan . Bukan main suka hati je sentuh lelaki . First time aku tengok gf aku sendiri bergurau senda tampar lengan kawan lelaki dia . Aku laki aku tau apa perasaan laki bila disentuh perempuan walaupun berlapik . Perkataan I Love You bagi dia murah sangat tak kira lah anggap macam abang ke , Tapi dah melampau right ? Aku dengan kawan baik perempuan pun aku jaga batas . Dia pun selalu marah aku sebab dia tau batas pergaulan even bergurau . Sebab dia ada maruah . Tak salah pun jadi friendly , tapi jangan melampau . Nak sentuh sana sini . Murah sangat tuh kak . Serious , aku beli apa dia nak aku buat apa dia suruh tapi kalau dia buat hal lagi . Then the end . Aku tak bodoh macam kau buat aku dulu . Bye .

Wednesday, August 12, 2015

Mungkin perubahan

Bismillah , Assalamualaikum . Baru baru ni , aku dengan dia gaduh . Standard aaa en . Tapi ini pergaduhan paling besar pernah aku lalui dan melibatkan member aku sendiri . Aku tak nak cerita siapa yang salah , biar lah mana yang dah tahu je . Mungkin dia tak tahu ataupun berkemungkinan besar berpura pura tidak tahu yang aku ni sebenarnya sensitif . Tapi dia macam tak faham , tak tau kenapa . Kitaorang gaduh teruk . Boleh menang dengan ego , tapi tetap kalah dengan rindu . Aku lah paling teruk . Dihina , dicaci , direndah rendahkan . Tapi dah sayang . kitaorang kembali and aku nak tengok macam mana .So , mungkin aku kena berubah sikap untuk jadi penyabar dan tak bertindak melulu. Tapi janganlah sampai melibihi tahap. Tak nak cerita lagi detail . Takut buka aib . So sampai sini je . Thank you 😊

Wednesday, July 1, 2015

Hancur

Bismillah , Assalamualaikum . Apa korang rasa bila kita layan orang tu sungguh² tapi dia balas biasa biasa je. Malah , nak tak nak layan je . I mean , layan pun sebab terpaksa , tak ikhlas . What do you feel , i want to ask . Rasa sakit , diabaikan right ? Mesti dalam otak fikiran rasa dia tak sayang kita lagi kan ? Ya selalu sangat rasa macam tuh . Tapi as always dah sayang . Entah lah rasa macam diri ni buruk sangat macam sampah . Apakah tanggapan kita jika sekeping diremuk dan di buang di atas lantai berbanding sekeping kertas yang putih , elok dan suci ? Bila kita amik balik kertas yang diremuk dan kita bukak balik dan bandingkan dengan kertas yang elok tadi , nampak sama tapi ia masih mempunyai kesan remuk . Hati yang hancur . Aku tak pernah langsung mintak break or whatever . Sekali pun tak pernah . Dia ? Beribu kali . Perkataan break tu dah biasa sangat . Aku nak sebut pun takut . Rasa macam sampah pun ada . Aku adalah orang yang mempertahankan hubungan bila gaduh . Dia ? Never ! Percayalah kalau dia baca blog ni . Dia akan mintak break lagi . Nurul asyiqin , if you read this and you want to start it again . Its up to you . Its okay if im not worth to you anymore . Just say it if you want to release me . Kalau aku dah parah . Tinggalkan adalah langkah terakhir . Aku dah penat nak jaga hati kau . Aku lindungi kau , aku tak mintak untuk dihargai tapi sekurang kurangnya janganlah berubah perangai dah tak layan aku . Aku perasan , bila aku bergurau kau menyampah dengan aku . Aku dah penat . Carilah aku kalau ada rasa nak hilangkan penat aku . Aku sudi terima walaupun ada kesan . - Elias Zaid